Tuesday, June 8, 2010

Luv Allah





Renungkan bersama..

Tragedi kezaliman ke atas kanak-kanak semakin membimbangkan. Peperangan, kedaifan dan malapetaka membuatkan kanak-kanak membesar dalam perkembangan yang tidak selamat. Kasih sayang semakin pudar dan semakin hilang dalam kemodenan dunia. Isu pembuangan bayi kini semakin kerap dilaporkan oleh media. Amat menakutkan, dunia kini telah kembali seperti zaman Jahiliyyah. Pembunuhan bayi dan kanak-kanak terus-terusan menusuk ke hati kita. Penghasilan video klip "Anakku sayang" merupakan rentetan daripada tragedi yang membimbangkan ini... Marilah kita renungkan bersama.

Kasih Pencipta



1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Wednesday, March 17, 2010

Kasih... Satu ungkapan mudah, namun sukar dilaksanakan... Adakah kita benar-benar kasihkan ibu kita, sebagaimana kasihnya Ibunda membesarkan kita?... Adakah benar, kita kasihkan ayah kita sebagaimana kasihnya Ayahanda menempuh kepayahan demi membesarkan kita?... Adakah benar kita mampu kasihi anak-anak kita sebagaimana Bonda dan Ayahanda kasihi kita?... Adakah benar kita kasihkan diri kita jika kita abaikan masa depan diri kita?... cuba renungi.... Adakah benar kita kasihi diri kita sehingga kita biarkan diri kita ke lembah kehinaan?...